------------ -------------

Ini kisah duka.

26/05/2012






Assalamualaikum. Hi.


Jam 4 pagi semalam masih lagi menghadap laptop. Sedang memikirkan apa yang dah berlaku sebenarnya. Kebetulan, kawan baik, Nik Faris datang2 secara tiba2 di saat duka sedang menghimpit diriku. Alhamdulillah, terima kasih kerana telah mengurangkan beban ini. Kau datang tepat pada masanya kawan! 


Otak bercelaru sebenarnye. lain yang dipandang, lain ade dalam fikiran. Aku sendiri tak paham. Bukan aku tak pernah rasa semua ini. Aku pernah rasa tapi ini lain. lain sangat. Jiwa sakit. Ahhh, pedulikan semua itu. Hidup harus diteruskan. buat apa nak pikirkan orang kita tidak sukai. Ia hanya membuang masa bukan? Ahh lantak. Tolak ketepi.


Pagi ini bangun dengan senyuman walaupun tidur hanya 3 jam sahaja. Subuh. dan study di waktu pagi yang orang masih nyenyak tidur. Tapi fikiranku masih dengan kisah semalam. ok. Ajak roomate tersayang keluar jalan and shopping. Air mata masih mengalir. Puas roomate nak pujuk sebenarnya dan dia tak boleh tengok orang menangis.  Apakan daya, hati wanita ni lemah kan? Tapi kukuatkan juga.. Sekarang, aku sudah mula bergelak dan ketawa. Itu tanda positif. dan semoga aku tabah dengan hari2 yang mendatang. Think positive.




ini senyuman ikhlas. sungguh. bukan dibuat2. hehe..
Aku yakin Allah telah mempersiapkan yang terbaik untuk aku. Dosa semalam telah mengingatkanku bahawa tiada yang kekal dalam dunia melainkan Allah. Sabar dan tabahlah wahai hati :')



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah:216]



salam kasih,
Adiba  Ramli







Ungu Kuning

25/05/2012



Salam 1 Malaysia. Selamat Hari Belia. Ewahh.



update sebentar. Petang2 macam ni nak study pon tak masuk aihhh. Amboi tu jela alasan guwa kan. ehek. Plus tengah demam, sakit kepala semua ade ni. Tadi pon nak termuntah balik je minum air ubat tuu. tak boleh terima tekak eden ni haa. uwekkk. :(



ok. aku sebenonye ni haa bukan nak ajar korang cara berfesyen. idok la. Tapi saje nak share macam mane fesyen kite kan kan? Tak giteeww cik kiyah oiii.. hehe. Sebenanye kan aku ni memang bab fesyen pakaian ni aku agak taksub sikit. maksud aku, aku memang suke gileeeee ahhh bab fesyen baju ke tudung ke ape ke. gaya2 yg terkini ke. cehh, perasan. Tapi malangnye nak aplikasikan tu tak tau bile tau. nak pi kelas pon tak boleh la nak bergaya sangat kan, kang orang cakap aku ni over je lebih. Aku naik hutan ni pon pakai seluar slack. orang pakai tracksuit. hakhak. ok itu akan dipertimbangkan. HAHA :D





















ok. Tu aku tu haa. yg pakai combination ungu dan purple. ok nak cite sat. dolu dolu kan, aku ni agak takut nak pakai kaler yang terang2 macam kaler kuning ni. yela, time tu belum yakin kot nak berfesyen. Plus, aku pikir kulit aku ni hitam manis bukan nye putih melepak kan. takut tak matching pulak. sampai gituu ha aku pikiak.. lepastu kalau dulu, mesti kite nak pakai tudung yang sama dengan baju kite kan. tu memang tak dapat disangkal lagi. Tapi sekarang aku main bantai je. Ungu dengan kuning pon jadi. hehe. Bukan main bantai namenye ni. Tapi  ni laa  dinamakan cinta. eh silap. dinamakan fesyen kan. hehe. kadang2 pergi kelas pon pakai baju kaler cokelet pon aku bantai tudung merah. see? Nasib baik lah takde orang pandang sinis gituu. maybe kat sini pon memang dah biase dengan fesyen. 



Satu lagi, dulu aku ni kalau boleh nak pakai tudung kaler hitam setiap hari. katenye matching kan dengan semua baju. betul tak betul tak. eheee. jangan nak tipu laaa. lagi2 budak sekolah tu kann. hehe.. tapi korang jangan takut nak cuba fesyen2 baru. combination kaler. janji ape yg korang pakai tuu tak menyalahi hukum Islam, Insya Allah.. Tudung kuning tu memang tudung peberet tahap dewa aku tuu. hehe. 







Alamak tak nampak pulak kawan aku tu. hehe. Ni last presentation Pembangunan Diri. Alhamdulillah, hampir selesai dah semester 2 ni.. Sungguh baru terasa ke'busy'an itu dan ini. Tu aku tak sangke pulak aku boleh pakai baju purple tu pegi kelas. baju Jepun. tapi lantak lah kan, ade orang pandang pelik ke hape kan.  janji aku bahagia. gitewww. hakhak. Jangan terpedaya dengan putih bersih wajahku itu. haha. tak edit pon. tapi lighting ipad ni banyak membantu. haha. :P






p/s : konklusinya, nak berfesyen tu kene berani dan yakin. baru kelasssss. haha. Till then. bye.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...